My Heart Beat

Friday, 27 January 2012

Bayaran Gaji Februari Berdasarkan SSM

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. – BERNAMA

p/s: baru nak rasa naik gaji..

Friday, 13 January 2012

Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

SEMAKAN ONLINE BR1M – STATUS PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT RM500 – TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 RAKYAT 1 MALAYSIA
br1m
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini 15 Januari 2012. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka akan mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon tidak lama lagi dan semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.


Read more: http://www.nescafeais.com/tarikh-pembayaran-bantuan-rakyat-1malaysia-br1m/#ixzz1jKT20Q1s

Semakan Status Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Semakan Keputusan Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia – status Permohonan BR1M – semak keputusan Br1m – brIm

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-
TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUSKEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)
Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.


Read more: http://www.nescafeais.com/semakan-keputusan-permohonan-rakyat-1-malaysia-br1m/#ixzz1jKRt89hh

Cara Memohon Skim Amanah Rakyat Sara1Malaysia

CARA MEMOHON SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA- SYARAT DAN KELAYAKAN MEMOHON SKIM SARA1MALAYSIA – PINJAMAN SARA1MALAYSIA

SARA1MALAYSIA

KELAYAKAN MEMOHON SKIM SARA1MALAYSIA
1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58
2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar
6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
  • Bumiputera – 50%;
  • Cina – 30%;
  • India – 15%; dan
  • Lain-lain – 5%
9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:
* Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
* Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
DOKUMEN DIPERLUKAN
-Dokumen utama
  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)
-Dokumen Sokongan
  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
*Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
*Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
*BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen.
CIRI-CIRI PINJAMAN UNTUK SKIM SARA1MALAYSIA
-Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
-Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
-Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan -pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.
-Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:-
1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;
2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;
3. Peserta didapati muflis; atau
4. Peserta meninggal dunia.
PERMOHONAN
Pemohon yang berminat mestilah mendapatkan borang daripada bank-bank yang terlibat mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap berserta dokumen-dokumen yang diperlukan diserahkan kepada bank untuk disahkan dan dipertimbangkan. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak bank.


Read more: http://www.nescafeais.com/cara-memohon-skim-amanah-rakyat-sara1malaysia/#ixzz1jJwrHt4G

Apa Itu Skim Sara1Malaysia?


Pelancaran Sara 1 Malaysia



Apa itu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ?
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.
Ianya merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
Skim SARA1Malaysia bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Siapa Yang Berkelayakan Untuk melabur dalam SARA 1Malaysia ?
Skim SARA 1Malaysia ini khusus untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Isi rumah yang bekelayakan boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih dan dikenakan Had sebanyak RM5,000.Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun.
Berapakah Pulangan/Hasil Dengan Melabur Dalam Skim SARA 1Malaysia ?
Hasil atau pulangan dari pelaburan itu, kerajaan memberi jaminan pelabur akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan.Pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.
Institusi Kewangan/Bank Yang Mengendalikan SARA1Malaysia ?
Skim ini dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bilakah Tarikh Permohonan Skim SARA1Malaysia Akan Dibuka ?
SARA1Malaysia akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan 2012.


Read more: http://www.nescafeais.com/apa-itu-skim-sara1malaysia/#ixzz1jJtEfKyC