BANTUAN RAKYAT RM500 – TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500 RAKYAT 1 MALAYSIA
Read more: http://www.nescafeais.com/tarikh-pembayaran-bantuan-rakyat-1malaysia-br1m/#ixzz1jKT20Q1s
SEMAKAN ONLINE BR1M – STATUS PERMOHONAN Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucer tunai, bermula Ahad ini 15 Januari 2012. Pembayaran secara berperingkat itu dijangka akan mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon tidak lama lagi dan semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.
Baucer itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara. Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800-22-2500 atau 1300-88-3010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan. Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok.
Tempoh penyerahan borang BR1M itu dilanjutkan selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Read more: http://www.nescafeais.com/tarikh-pembayaran-bantuan-rakyat-1malaysia-br1m/#ixzz1jKT20Q1s
No comments:
Post a Comment