Pelancaran Sara 1 Malaysia
Apa itu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ?
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.
Ianya merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.
Skim SARA1Malaysia bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Siapa Yang Berkelayakan Untuk melabur dalam SARA 1Malaysia ?
Skim SARA 1Malaysia ini khusus untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Isi rumah yang bekelayakan boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih dan dikenakan Had sebanyak RM5,000.Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun.
Berapakah Pulangan/Hasil Dengan Melabur Dalam Skim SARA 1Malaysia ?
Hasil atau pulangan dari pelaburan itu, kerajaan memberi jaminan pelabur akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan.Pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira RM13,000 bagi yang melabur melalui simpanan sendiri dan RM5,000 bagi yang membuat pinjaman.
Institusi Kewangan/Bank Yang Mengendalikan SARA1Malaysia ?
Skim ini dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bilakah Tarikh Permohonan Skim SARA1Malaysia Akan Dibuka ?
SARA1Malaysia akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan 2012.
Read more: http://www.nescafeais.com/apa-itu-skim-sara1malaysia/#ixzz1jJtEfKyC
No comments:
Post a Comment