My Heart Beat

Friday, 28 September 2012

PEMBENTANGAN BELANJAWAN NEGARA 2013



Post image for BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012

BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 Septembernanti. Pembentangan Bajet  2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan akan diadakan seperti berikut:
TARIKH: 28 September 2012
MASA: 4.00 ptg
TEMPAT: Parlimen Malaysia

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2013akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat. Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.
Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.
Dalam perundingan Belanjawan 2013, kerajaan menerima 84 memorandum. Cadangan itu akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013 yang bakal dibentangkan nanti. Nantikan siaran langsung Belanjawan 2013 atau live streaming Bajet 2013 yang akan dipaparkan secara online di blog abgteror yea. Harap semua bersabar yea.
Belanjawan 2013 akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.

LIVE STREAMING BELANJAWAN 2013

(Friday, 4.00 p.m)


SUMBER: ABGTEROR.COM: 
http://www.abgteror.com/belanjawan-2013-bajet-2013-28-september-2012/#ixzz27irKp3k7


p/s: utk gomen sector, cuepacs ada mohon bonus for 2 months n kenaikan ETP.. hopefully ada la..xder nak kata apa? redha jer laaa...



No comments: