My Heart Beat

Wednesday 30 January 2013

OREO CREPE..

 
Salam Rabu..
^WW^
 
 

Photo: Oreo crepe..tq Azli Watie..
OREO CREPE pemberian teman..
dapat rasa separuh drpd seketul tu jer..
sbb mam berjemaah ngan jiran2..
tq to my prennn..WATIE...
 
p/s:sedap tp manis sgt!!
 

Thursday 24 January 2013

MAULIDUR RASUL..

SALAM...
SALAM MAULIDUR RASUL..
 

 
مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
... صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
 
وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
 
 
p/s: Sama2 lah kita banyakkan selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW..
bkn hanya hari kelahiran Baginda sahaja..tp juga sepanjang hayat kita..In shaa Allah..
 
Nak jugak wish: Happy Birthday buat En Abil Fikri yg menyambut hari kelahiran hari ini..
Moga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan hariannya..
Panjang unur dan murah rezeki kita makan Ikan Bakau ekkk..:))
 
 
 

Monday 14 January 2013

mudah.my yg memang mudah!!!

SaLam Isnin...
blues ker? pada aku..biasa jerr..
mcm hari2 lain jugak..

aku just nk share cerita jer..
pasal mudah.my..

sblm ne, mmg la tahu website ne..
tp aku mmg x rajin n x amek tahu sgt..
sbb xder keperluan utk aku ke sana..

kisahnya..penyewa umah aku skrang ne nak pindah dr umah aku skrg ne..
sbbnya aku naikkan sewa umah..

mesti la uols kata aku zalim kan..sbb naikkan sewa..
sori ok..aku lah tuan rumah yg paling baik hati..
sejak they ols dok situ dr tahun 2004, aku xpenah pon naikkan sewa..
br thn baru ne ajer naikkan sbb keperluan yg keterpaksaan..
tp xder la byk mana pon..seratus jer..:)

ok..lupakan pasal tu..kita citer pasal mudah.my

bila penyewa aku tu sms aku kata nk pindah umah lain..
siap suh bg masa sikit..
aku pon ok jer la..
dan terus la terfikir nak iklankan kat mudah.my

ohhh..camana nk iklan ne? 
nak bukak pon x berapa nak reti..
sumpahhh!! xtahu!! buta IT betoii..hehhe

dgn bantuan rakan, aku pon memulakan operasi mengiklankan..
da la mintak tlg org, rakan aku lak tu yg kol aku dr awal  hingga akhir..
dok bg arahan step by step (by mobile)..hehhehe
(time kasih u..nanti i lanjer u ok!!)

bila da siap semua tu..dalam tempoh 4 jam iklan pon tersiar..
dan..beberapa minit kemudian ada la org sms kata berminat..
pastu org call..pastu sms..pastu call lg..
pastu sms...dan seterusnya....sampai skrang ne...

pewwhhh..terasa glamer kejap..
org asyik call/sms jer..hehhehe


  

Mutiara Magna, Metro Prima

 Contact Advertiser  10 Jan 14:24.  List-ID: 19787756 Manage
Mutiara Magna, Metro Prima  - Image
Location: Kuala Lumpur - Kepong
Monthly Rent: RM 650
Monthly Rent: RM 650Type: Apartments, For rentArea: Kepong
Size: 650 sq.ft.Bedrooms: 3Bathroom: 2
Furnished: Partially furnished
Property Type:Apartment/ Flat
Facilities: Mini market, 24 hour security, Cable TV

Lokasi : Blok B , Tingkat 8,Mutiara Magna, Metro Prima, Kepong
- Hanya berjalan kaki ke Aeon, hentian bas, restoren dan banyak kemudahan lain.
- ada kemudahan lif
-Berdekatan jusco/Carrefour/bank/Stesen KTM/kedai
-Laluan pintas ke Desa Park City, Kepong, Mont Kiara, Bandar Utama, Petaling Jaya & Kuala Lumpur

-rumah telah diubahsuai (partually furnished)
*lantai telah di tile
*kipas siling bagi semua bilik dan ruang tamu.
*terdapat kabinet di dapur 
*dapur dan gas disediakan
*peti ais disediakan
*terdapat katil dan sedikit perabut (boleh digunakan)

-jika berminat sila hubungi:
Ayu 012-766****
Sham 013-772****

iklan aku kat mudah.my

pada aku, mmg mudah sgt..
xpayah nak tampal sticker/ iklan kat pondok bas/public phone lg..
maklumat hanya di hujung jari..
aku mmg sgt puashati la dgn kemudahan ne..
aku nak kasi 10 bintang!! :))

kalu ikut purata, dlm 30 org nak sewa umah aku tu..
maklum la..sewa da la murah (ada nego lg..)
pastu kemudahan kat situ mmg ok jugak la..
aku pon xtaw nak pilih sapa..

kesudahannya kan..taw x sapa yg aku n huby pilih??

huby offer kat penyewa asal..
sbb dorang sewa dah lama..
pastu x penah pon miss bayar sewa..
dorang pon jaga harta benda kat umah tu..
tu yg paling penting..

nak kasi orang baru, x taw lagi hati budi..
kot nanti dok lunyai umah aku..
pastu xbayar sewa?!! 
haru biru kewangan aku lak!! hehehhe

tp aku geram gak kat penyewa asal tu..
ngada2 nak gertak pindah umah la kunun..
nasib la laki aku tu baik hati..
nak offer dorang dulu..
aku yg serba salah kat beberapa org yg nak tgk umah..
(sbb da janji nak kasi tgk umah..)

p/s: apa2 pon semua hal pon da selesai..




Wednesday 9 January 2013

Jadual Pembayaran Gaji 2013 Bagi Penjawat Awam

Salam Rabu..
wuhuuuu..Rabu tanpa kata-kata?
hehe

kredit to: aku dan sesuatu

p/s: da boley plan bajet setiap bln..

Thursday 3 January 2013

Hari pertama persekolahan 2013..giler penat!!

Salam Khamis..
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah..
arine da hari ketiga thn 2013..

smlm dah mula hari persekolahan..
mulanya xnak cuti sbb en huby da cuti..
tp bila fikir2 balik, semuanya aku jugak yg nak kena uruskan..
cuti la jugak..temankan en huby..
lgpon awal tahun..cuti tahunan pon da bertambah lg..
apalagi!! hehehhe

thn ne..2 org anak aku bersekolah..
satu darjah 6, satu lg darjah 1..
so, fokus kat anak yg darjah satu la..
semua nak kena ajar/tunjuk dia..

masa Hari Orientasi (28.12.2012) Jumaat lps, wana ditempatkan di kelas 1 Cemerlang..
masa tu jugak ada test utk darjah 1..
dan ada la rombakan kelas..

wana dok kelas 1Gemilang pulak lps rombakan..


lps carikan kelas, n perhatikan dia dlm 15 min..
aku n huby pon beredar dr sek..
uruskan hal peribadi..(g renew SSM n huby jumpa dentist)
janji ngan anak dara nak dtg kol 9.40am time rehat..
kol 10.40am br sampai..sbb urusan xsiap lg..
terus jengah dia kat kelas..tgh belajar..
bila dia nampak kelibat mak bapak dia..
terus dia senyum..pastu tunjuk perut lapo..siannn..
(padahal pg tu da bekpes mihun kat umah..)
nasib la dia xnangis..

adik dia jadik bodyguard masa akak ngah belajar..

aktiviti dlm kelas..


lps ganti cikgu (subjek lain)..
aku mintak kebenaran cikgu utk bg wana mkan jap..



cepat makan..semua da masuk kelas..

lps da kasik makan, aku pon beredar dr sek..
uruskan taska dorang lak..
byr yuran n anta baju anak2..

pastu g blk sek semula..
wana blk kol 1.00 pm..
abgnya blk kol 1.30 pm..
tunggu skali abgnya blk br anta g taska..

kena tunggu kat anjung kasih..

muka kepenatan..

lps abgnya da kua kol 1.30 pm..terus anta g taska..
sampai taska da dkt kol 2.00 pm..jammed rabak dpn sek!!
soh dorang siap2 kat taska..nak biasakan..
aritu pulak taska xdpat anta anak ke sek agama..
kitaowg nak kena anta lak ke sek agama..

jadual hari rabu..sek agama..
tahap 2 (kol 2.30 hingga 4.30pm)
tahap 1 (kol 4.30 hingga 6.15pm)

sementara tunggu syahmi siap2 kat taska, aku n huby g lunch dulu..
then g solat kat surau dekat2 situ jer..

amek syahmi g sek agama lak..
kat sek, carikan dia kelas pulak..
xder nama dia..aku pon tny je ustazah situ..
ustazah tu masukkan nama dia..
then aku pon beredar..
uruskan hal peribadi lg...(bayar bil kete)
then terus blk umah..

kat umah ingat dpt berehat..
x sempat nak berehat, kena lak ketuk2 dinding umah..
(ada beli frame gambar..dok menggantung setiap bilik bdk2 n hall)

kol 4.15pm, bergegas ke taska blk..
amek wana lak g sek agama..
kat sek, senang sikit carik kelas wana..
mana yg banyak ibu bapak kat lua kelas tu, tu la kelas darjah 1..
hihihi

wana di dlm kelas..

aku tinggalkan jer wana..
dia da jumpa kawan2 dia..
g betolkan kete lak..(safety belt rosak)..
then,da siap tu..
 ingat nk tunggu jer,..hujan punya la lebat..
huby ckp, blk la umah..(x jauh mana pon..)

kat umah..da hujan lebat tu..
aku pon buat la cekodok..
pewhhhh..laju je mamam..
kebuloq rupanya semuanya...

lps tu, aku mandi n solat..
kol 6.00 pm kua amek wana blk sek agama lak..
mak aiii..jammed lagi!!
trus ke umah mak aku lak..
dkt kol 7.00 br sampai umah mak..
bdk2 mandi n siap2 g ngaji lak..
lps ngaji trs blk umah..
aku pon da flat sgt..
giler penat satu hari tu ke hulu ke hilir..

pg ne terjaga kol 4.30am..
g dapo minum air..
anak bujang aku bgn gak n ke dapo..
dia ckp ngan aku..
"mama, nak puasa.."

maka, berpuasalah aku laki bini bersama anak bujang aku..
sekianlah cerita aku di hari pertama persekolahan..
yg giler kepenatan!!

p/s: kita pon penat..anak2 pon mesti letih kan kalu seharian ke sek..










Tuesday 1 January 2013

Aktiviti Cuti Sekolah..

Salam..
pejam celik..pejam celik..
ari ne da ari terakhir 2012..
esok cuti tahun baru..
lusa bdk2 da sekolah..
pewhhh..bermulalah rutin harianku yg padat!!

utk tahun depan, si bujang aku darjah 6..
adiknya wana darjah 1..
sek yg sama..
tp waktu rehat dan waktu blk sekolah x sama..

sek agama pon sama sekolah dua beradik ne..
tp waktu ke sek tetap x sama..
tahap 1 hari Isnin~Rabu
tahap 2 lak Rabu~Jumaat

sek agama..aku dah tukarkan si bujang aku..
sbb thn ne aku terpaksa TRANSIT kan dia..
dekat ngan sek pg n sek agama..
xder sapa nak jemput n anta g sek agama..
(aku takut x sempat~meeting, site visit)
sblm ne tumpang jiran mak..n dia g sek agama naik bas..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ok..nak citer aktiviti cuti sekolah (akhir tahun 2012) benonya..
byk sgt mukadimah..:-)

cuti aritu aku anto anak bujang aku kat sek pondok..
belajar al-Quran, perihal agama..
lebih kurang 3 minggu..
alhamdulillah..nampaknya dia suka..

masa hari pendaftaran..

pendaftaran..

kawasan bilik senior..

kawasan bilik junior..
sblh kiri tu penginapan Pengasas dan tempat memasak..

tempat makan/berehat..

belah ujung nun..surau/tempat belajar..

kawasan/tempat ne mmg sunyi la..
dlm kampung terpelosok kat dlm..
aku mmg sengaja anta anak aku kat sini..
selain dia belajar agama, dia ley juga berdikari..
selalu, semua nak depan mata..
besok2 kalu kita dah xder,..
harap dia pandai bawak diri..
dan yg paling penting mendoakan ibu bapanya kelak..

selain belajar al-Quran  dan tajwid,
dia juga belajar cara2 sembahyang, hafaz doa2 lazim..
hafaz surah yasin..(tp lom hafaz semua..) dll
belajar sejarah, etc aku pon da lupa dia citer..

selain tu, yg besh nya..ada aktiviti lain..
dorang akan puasa setiap Isnin dan Khamis..
dorang juga menerima tempahan marhaban dan maulud..(setiap Sabtu n Ahad jer..)
sbb hari Isnin hingga Jumaat dorang belajar..
Jumaat ptg, dorang di bawa ke pasar malam..
kalu x g maulud (weekend) dorang g main air..(beriadah di air terjun)
treasure hunt, buat bbq, main bola atau aktiviti lain..
kalu ada masa gak dorang belajar main alat muzik sbb dorang g marhaban kan..
mahu anak aku x suka!!
hehehhe

ne masa ada marhaban kat melaka..aku siap g sekali..

bersama kawan dia..(masa marhaban kat umah org kawen)

marhaban umah org kawen..
 
ne pulak marhaban org nak bukak kedai..

siang ada kelas..

mlm pon ada kelas..

antara tenaga pengajar..

mandi kolam..
mandi kat air terjun Ulu Bendul pon ado..

siap naik bas lg..

makan2 masa mandi..

aktiviti gotong royong..

jungle tracking/treasure hunt..

syahmi dpt hadiah..utk jungle tracking..

hepi2 bg hadiah utk bg anak2 seronok..

ptg2 main bola..

kalo ada masa, g main futsal..

aktiviti rohani..

aktiviti bbq (mlm akhir)

aktiviti bersama2..

last day..pelajar buat persembahan depan ibu bapa..


pada aku..aku mmg suka la anak2 di latih begini..
berdikari, disiplin diri, bergaul dgn kawan2 lain..
mmg aku carik tempat mcm ne utk bdk2 g masa cuti sekolah..
dr dok umah, nengok tv, main game, kacau adik..
baik la dorang dapat ilmu walaupon sedikit..

aku masukkan anak aku kat SINI..
uols ley la g kat link tu kalo nak tgk PAGE dorang..


p/s: in shaa Allah..next year nak anta lg..

Selamat Tahun Baru 2013!!

Salam..


Selamat Menyambut Tahun Baru 2013
 bersamaan
18 Safar 1434 Hijrah..


Moga tahun 2013 kan lebih baik dari tahun sebelumnya..
Aminnnnnnnnnnnnnn...