My Heart Beat

Thursday, 20 September 2012

celebrated OUR birthday!!!

Salam Khamisssss...
Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menghirup udara pagi ini..
Moga kita mendapat rahmat dan dalam lindunganNYa..

pg ne free sgt..
so ley la nk mencoret2 sket kat sini..
ley baca2..senyum2..syok2 sendiri...
bukannya apa..buat kenangan juga di kemudian hari...

last entri, about OUR birthday..
me n my son's besday..

balik ptg tu, tgk mak aku ada masak nasik lemak..(atas dapur lg..)
(tp masa tu mak aku xder umah, dia kua g mana tahh ngan adik aku..)
(jiran aku yg tgkkan nasik lemak tu...)
ada sambal..etc...xder la excited sgt..biasa2 jer..
manalah taww..mak aku nak anta masjid ke..maklumlah mlm jumaat mlm tu..
dlm hati, ley agak gak...nak wat makan2 kot!! hehhehe
xlama tu, mak n adik pon balik..

so, aku pon wat dunno ajer la..
pas maghrib tu, aku ajak anak2 blk...
berlari my SIL tny aku nak g mana..
aku ckp "nak balik lahhh"
my SIL ckp, mak masak2 nk celebrate besday..
mak pon kua, tangkap si kecik dulu bawak masuk,..
mak ckp : "kang pakcik bawak kek sapa nak potong"..
ermmm...xnak bgtaw kunun..hihihi
(aku eksen jer tuhhhh...;))

ok...xder la grand mana pon, aku pon x planning pon nak wat mkn2..
maklumlah, lakinya out stesennnn...
malas laa..
tp mcm biasa la, hanya adik beradik n jiran2 mak aku jer...
apa2 pon tq to my family n jiran2 yg sudi sambut besday kami..
semuanya diTAJA..
mak makan jer noksss...
hehhehhehhe

jom tgk apa lagi menu mlm tu...

meriah x?

lg meriahhh!!

nasik lemak kukus..

sambal ikan bilis..

ayam goreng..

nasik impit..

rendang..

mihun spore..

sate ayam n daging..

and of coz la kek!!!

besday boy..

dah excited tgk api..

malu2 lak..

happy besday to us!!

potonggggg!!!

moga membesar dgn sihat yer sayang mama..

nyum3..

family n jiran2..

mamam time..


to famili, tqvm MENAJA utk celebrate besday kami..
to jiran2..terima kasih sebab sudi sambut besday kami bersama2..
kalu ada rezeki lebey nanti, saya belanja balik k..
InsyaAllah..

p/s: Alhamdulillah..terima kasih byk2 to my family...LOVE Uols..


Thursday, 13 September 2012

happy birthday to us!!!


Alhamdulillah..
masih diberi nikmat untuk bernafas di muka bumi Allah ini..
Terima kasih atas kurniaanMU Ya Allah..


Happy Birthday to me n my little son, Sufi Aisy..

Ya Allah..
Ampunilah dosa ku..
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku..
Ampunilah dosa mertuaku..
Ampunilah dosa muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau pun yg telah meninggal dunia..
Panjangkan umur kami..
Murahkan rezeki kami..
Lindungi dan kasihanilah kami..
Berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada kami..
Permudahkan segala urusan kami..
Berilah kami petunjuk dan hidayah kepada kami..
Berikanlah keberkatan dan rahmatilah kami sentiasa..
Di dunia dan di akhirat..
Sesungguhnya kepadamu aku memohon..
Aminnnn..


p/s: Syoknya dapat byk ucapan hari jadi..kalu disusuli ngan hadiah lg beshhh!! ehheheh



Wednesday, 12 September 2012

Walau Wajahnya Berubah, Saya Tetap Sayang Fauziah




SEREMBAN – “Saya bukan cari publisiti.” Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad. Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.
Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama ‘abil4fauziah’ sebagai diari.
Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas diterimanya sebelum ini cukup meruntun hatinya apabila ada pihak menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.
“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.
Dia berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk ‘promote’ diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?”
“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.
Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.
“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya.
“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.
Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.
Katanya, Baju Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.
“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.
Menurutnya, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas semua bantuan dan pertolongan yang diberikan bagi meringankan bebannya menjaga isteri tercinta
“Alhamdulillah, Tuhan bukakan pintu hati orang ramai kerana sudi membantu saya sehingga ke hari ini.
“Saya yakin, setiap kesusahan ada jalan keluar. Jika Tuhan memberi saya dugaan sebesar ini, Dia pasti akan membantu saya juga,” katanya.
Kata Abil, dia tidak pernah berhenti berdoa agar Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepadanya agar dapat terus menjaga isteri dengan mudah tanpa sebarang kesulitan.
Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan Aidilfitri tahun ini.
“Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira.
“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.
Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal ‘diiringi’ kemurungan dan kesedihan. Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.
Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.
“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.
Cinta pandang pertama
Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.
“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya.
Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”
Ketika itu Abil tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.
“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia. Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit.
“Apapun, susah senang biarlah bersama. Jika ini bahagian yang perlu saya tempuh bersama isteri, saya redha. Semuanya sudah tertulis, segala perjalanan hidup saya telah pun disusun oleh ALLAH SWT. Kini, saya hanya mengikut rentak yang telah ditentukan coraknya oleh Tuhan untuk saya dan isteri,” katanya.
Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.
“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.
“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya.
Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.
“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank 1551-7109-4087 atas nama Abil, atau menghubungi Abil ditalian 016–2634258. – SinarHarian

sumber: mynewshub

p/s: moga En Abil tabah dengan ujian daripadaNYa..sesungguhnya berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..Diharapkan jua agar Kak Gee cepat sembuh..

uolz ley baca Warkah Buat Isteri, cacatan dari En Abil buat Kak Gee bila Kak Gee sudah sembuh kelak..InsyaAllah..

 

Gambar terapi kecantikan yang mengerikan dan menakutkan dari seluruh Dunia

Gambar terapi kecantikan yang mengerikan dan menakutkan dari seluruh Dunia

Friday, 7 September 2012

JAMUAN RAYA UKT 2012..

Salam..
20 Syawal dah arine..
bz sket la lps2 raya ne..
xsempat nak hupdate belog..
ne pon baru pas meeting pengurusan..
jap lg nak g open house umah big boss aku..
ley la aku nak wat entry sket..

17 Syawal aritu opis aku wat jamuan raya..
buat sekali farewell big boss aka KPSU aku yg akan sambung study..
buat kecil-kecilan jer..
tp dekat seribu gak perabes duit kelab..
jemput pon Unit yg sama bangunan jer..
n ex boss serta kawan2 big boss..

jom tgk apa menu..

nasik tomato..

ayam masak merah n rendang daging..

ketupat..

lodah..

sate ayam n daging..

mihun goreng..

mihun singapore..

sambal kicap..

sambal ikan bilis..

kerang berapi..

laksa..

popia basah..

popia sambal..

kuih cara berlauk..

pau kacang n kelapa..

kek coklat..

oreo ciskek..

kuih raya..

longan..

oren..

haaaaa...giler byk makanan..then, da byk2 makanan tu, mcm dah xtaw nak mkn apa..
tp semua aku makan..rasa semua makanan..tp mkn sikit2 wat rasa..
hehehhhehehhe

Yang Diraikan..Pn Noraizam yang akan sambung study kat UKM..

amek pic bersama boss..(ada lg kat dalam opis layan tetamu n makan!!)

hadiah untuk boss..(beg g kuliah..hihi)

Ladies in RED!!


p/s: tu jer nk hupdate..next week lak ada jamuan raya JKMM..